IKAN PEKASAM

Ikan yang telah disiang dan digaulkan
dengan beras, garam dan asam keping.

Ikan dimasukkan dalam bekas kedap udara


Ikan pekasam yang telah digoreng

Cara pemerosesan Ikan Pekasam

1. Ikan disiang (ikan sepat, ikan talapia, ikan puyu, ikan lampan) , dibuang perut dan dicuci segala kotoran, lemak serta darah.

2. Ikan ditoskan dan digaul garam kasar dengan kadar 30%.

3. Setelah digaramkan, tabur dengan asam keping dan ikan diperam selama 2-3 hari.

4. Selepas diperam, ikan dibersihkan dengan air sebanyak tiga kali dan ditoskan.

5. Selepas ditoskan, ikan digaul dengan beras yang disangai tanpa minyak dikisar hancur, dimasukkan kedalam balang kedap udara dan dicampur dengan asam jawa serta gula merah.

6. Peram kali kedua selama 14 hari kedalam balang kedap udara dan di dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jangan simpan di tempat yang beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan